Biasanya, bagi seorang anak yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan yang berkuliah jauh dari kedua orang tuanya akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya. Tapi bagaimana dengan ayah? Mungkin kerana ibu lebih sering menelepon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah yang mengingatkan ibu untuk meneleponmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu yang lebih sering mengajakmu bercerita ,tapi tahukah engkau, bahawa sepulangnya ayah bekerja dengan wajah penat lelah ayah akan tetap selalu menanya ibu tentang khabarmu dan apa yang telah engkau lakukan seharian?
Ketika engkau masih kecil, ayah biasanya mengajar engkau menunggang basikal dan setelah ayah mengganggapmu boleh, ayah akan mencabut roda bantu di basikalmu… Kemudian Mama bilang : “Jangan dulu ayah, jangan dicabut dulu roda bantunya” , mungkin ibu takut anaknya terjatuh lalu terluka….
Tapi sedarkah kamu?
Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu ketika mengayuh basikal kerana dia tahu anaknya PASTI BOLEH.
Pada saat kamu menangis merengek meminta mainan yang baru, ibu menatapmu. Tetapi ayah pula akan mengatakan dengan tegas : “Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang”
Tahukah kamu?
Ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin engkau menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi?
Saat kamu sakit, ayah yang terlalu khuatir sampai kadang-kadang sedikit membentak dengan berkata :“Sudah di bilang! kamu jangan minum air sejuk!”. Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Tetapi, ketahuilah, pada saat itu ayah benar-benar risau tentang keadaanmu.
Ketika kamu sudah remaja…. Kamu mulai menuntut pada ayah untuk dapat izin keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: “Tidak boleh!”.
Tahukah kamu, bahawa ayah melakukan itu untuk menjagamu. Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat berharga..
Setelah itu kamu marah pada ayah dan masuk ke kamar sambil membanting pintu. Ibu yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah.
Tahukah kamu, bahawa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gelodak dalam batinnya, bahawa ayah ingin mengikut keinginanmu tapi dia MESTI menjagamu.
Saat kamu mulai lebih dipercayai, ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu sehingga waktu malam. Maka apa yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarutan sehingga kamu pulang pada larut malam, hati ayah akan mengeras dan terus memarahimu...
Sedarkah kamu, bahawa ini kerana ayah betul-betul risaukan kamu.
Setelah lulus persekolahan, ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang doktor atau peguam. Tetapi ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti… Tapi ayah tetap tersenyum walaupun pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan dirinya.
Ketika kamu menjadi dewasa dan kamu harus pergi kuliah berjauhan dari rumah.
Tahukah kamu bahawa ketika itu badan ayah terasa kaku untuk memelukmu?
Ayah hanya mampu tersenyum sambil memberi nasihat ini dan itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Tapi ayah cuma lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk bahumu sambil berkata “Jaga dirimu baik-baik”. Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT… supaya kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu tiada wang untuk membiayai wang semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti akan berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa kehidupan yang sama seperti teman-temannya yang lain.
Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta boneka baru, dan ayah tahu ia tidak boleh memberikan apa yang kamu inginkan… Kata-kata yang keluar dari mulut ayah adalah : “Tidak…. Tidak boleh!” Padahal dalam batin ayah, dia sangat ingin mengatakan “Nanti ayah belikan untukmu”.
Tahukah kamu bahawa pada saat itu ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu bergraduasi sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat anaknya berjaya.
Disaat kamu sudah mula berkeluarga, ayah menangis kerana bahagia melihat anaknya, kemudian ayah akan berdoa…. Dalam ldoanya kepada ALLAH, ayah berkata: “Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik…. Anakku yang kucintai telah menjadi seorang insan yang berjaya dan bahagiakanlah dia bersama keluarganya”
Setelah itu ayah hanya boleh menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk dirinya. Dengan rambutnya yang semakin memutih dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya lagi.
Ayah telah menyelesaikan tugasnya….
Ayah, Bapa, atau Abah kita…
Adalah susuk yang harus selalu kelihatan kuat…
Bahkan ketika dia tidak kuat untuk menahan tangisannya…
Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu..
Dan sedarlah kita bahawa dia juga adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa “KAMU BOLEH” dalam segala hal…
Posted by






4 comments:
emmmm cedeyyyy...T_T
ayah kiter mcm tue...even dia xckp but i can feel it....huuuuu....
yup.. i feel the same...
cyg sgt kat abah...
like!!
Post a Comment