4

Wow!!!

Salam semua..
Aku rasa dah nak hampir berhabuk dah kot blog aku ni..
Pe tak nye dah lama dah tak update..
Actually aritu aku dah nak update dah..
Tapi time menaip tbe2 aku ilang idea..
Hahaha...
Boleh pulak camtu kan..
Hehehe...
Semalam pegi lepak bilik member aku, Si Remy tu..
Then dia cakap " Wei lama giler ko tak update blog ko"..
Pastu aku pun terdiam kejap la..
Hehehe...
Pastu aku cakap la yang aku memang nak update tentang aku masuk photo competition tu..
Tapi tbe2 tak jadi nak update..
Ni sume sebab malas la ni..
Hahaha...
Lagipun sekarang musim exam so biler nak update asik pikir tentang paper exam..
Tu yang tak jadi update tu...
So arini aku update sebab ko la Remy..
Hahaha...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually bulan lepas aku ader masuk satu photo contest tentang wildlife...
Nama competition Burrard-Lucas Wildlife Photo Competition...
So aku pun cbe la nasib aku kan..
Yela 1st prize dapat Lensbaby Composer, SmugMug Pro Account, dan stu bijik Canon EOS 7D digital SLR camera kot..




Giler la kan sape yang tak nak kalo dapat hadiah camtu..
Hehehe...
Ne la tahu luck aku ke kan..
Tup tup dapat sebijik DSLR baru..hehehe..
Leh jadi makwe ketiga aku.. hahaha...
Tapi competition ni international competition kot..
So nasib aku nak menang tu memang tipis gler...
Maybe 1 dalam 100 billion kot.. Hahaha...
Tapi ne la tahu tbe2 rezeki aku ke kan... Hehehe..
So korang tengok 2 la gambar2 yang masuk compete dalam competition tu...
Dan yang aku upload ni sume yang terbaik dalam competition tu..
Gambar2 ni sume ikut rank tau dari 1 sampai 8...
Gambar aku tak tersenarai langsung kot.. huhuhu...
Sebab aku kalah... :(










--------------------------------------------------------------------------------------------------
Power gler gambar2 dorang kan..
Terpegun aku tengok kot..
Memang skill still rendah lagi la aku ni..
Taraf aku ni setakat celah gigi dorang je..Hahaha
Betapa low level nye aku ni.. Huhuhu
Tapi takpe setiap orang ader masa nye...
Tunggu la suatu ari nanti.. Hehehe...
Insya Allah.. :)

p/s: Eda biler nak jalan2 amek gambar lagi ni.. Hehehe... DSLR aku dah berhabuk dah tu..Huhuhu...
2

I got tagged!!!

Salam semua..
Aku kali just nak jawab tag yang diberi kan kepada aku..
Aku sebenarnya kurang sket nak jawab tag2 ni...
So ni kali pertama la kan aku jawab tag dari seseorg...
Hehehe...

Benda yang paling penting dalam hidup korang
Benda yang paling penting nyawa dan akal kot.. Yela tanpa dua tu kte dapat hidup dan berfikir kot... So bagi aku 2 benda tu la yang paling penting...

Benda terakhir yg dibeli guna duit korang
Paling last sekali aku guna untuk beli tiket wayang citer Harry Potter and Deathly Hallows...
Hehehe...

Dimanakah tmpat korg akan melangsungkn perkahwinan korg dan temanya
Tempat tu tak sure kt ne.. Tapi cam biase la kan maybe umah sendiri kot... Hehehe... Baru meriah nanti...

Adakah korg sedang bercinta skrg nie
No comment (hehehe.. yup)

berapa lama korg akan mncintai kekasih korg
selagi org tue mncintai ak & selagi masih ada ruang & peluang untuk hidup bersama hingga akhir hayat...

dimanakah korg slalu jumpa kekasih korg
Selalu jumpa dia di mana2 aje... Slalu nye jumpa kt UTM la... Hahaha

novel/buku/majalah terakhir yg korg beli
Last majalah aku beli adalah Digital Camera kot... Rm 9.00.. Tu pun xslh last week kot ak beli...

apakah nama penuh korg
Abdul Afiq Bin Abdul Aziz

antara mak dan ayah, mana korg lebih mesra
Dua2 kot... Coz dua2 ok je dengan aku... Hehehe...
My parent is the best!!!
Tapi kalo ader pape slalu jmpa dengan mak je la kot...
Hahaha...

namakn org yg btul2 korg nk jumpa dalam hidup korg
Gurl yang leh didik aku, tegur ak, selalu ader dengan aku, leh didik anak2 ak ke...
Hahahaha... Pe lg si bakal isteri la kan.. Amboi gatai nye.. Hahaha

adakah korg basuh baju korg sndiri..
Takpun mesin basuh kan ader... :P

dimanakah tmpat yg btul2 korg nk pegi..
Tempat yang aku nak g ye... hmmmm.... sume tempat kat bumi ni kot... Hahaha...

pilih salah satu, peluk atau cium
Kalo aku nak dua2 boleh x??? hahaha... Aku tetap nak dua2..Hehehe...

beritahu 3 benda tntg org yg tag korg
Tak dpt diungkap kan... Hahaha... Mula2 dia ni seorg yg bek... Pastu tegas and garang kot... Then last skali comel kot sbb pipi nye tembam... Hahahaha....

5 benda yg plg disayangi dalam hidup anda
Benda takde kot.. Tapi kalo org ader la..
hehehe...

lagu yg paling anda suka dgr dan salu dgr
The Theft by Atreyu... Lgu ni genre metalcore tau...Hehehe... Tapi best kot... cbe la dgr ek..hehehe..

bila tarikh lahir dan kat mana korg smbut tahun lepas
1 MAy 1989
Aku tak penah kot sambut besday.. aku last skali time aku darjah 2 kot...
Sbb family aku n aku bkn jenis yang sambut besday2 ni..Hehehe..

5 rakan blogger yg anda nk tag

Shahira Diana,
Remy sunbae,
Izyan Balqis,
Hasnida Sidek,
Nadia H.

Hooray akhir nya aku berjaya jugak jawab tagged ni..hehehe...

2

Yesterday


Semalam merupakan Hari Raya Aidil Adha..
Tapi kali ni aku kena raya di UTM sahaja...
Tapi pada waktu yang sama semalam juga merupakan hari yang paling aku stress kot...
Sebab semalam la kali pertama aku naik suara tinggi gler kat member aku...
Siap kena maki sume lagi tu...
Sampai member aku yang lain tengok aku lain macam je semalam...
Maybe sebab dorang tak penah tengok aku camtu kot...
Yela for da first time kot...
Aku melaung words yang memang teruk secara kuat gler babi...
Tapi nasib baik aku tersentap dari marah tu...
Kalo tak aku rasa member aku dah kne cepuk dah tu...
Aku pun tak camne aku leh jadi camtu malam semalam...
Just tiba2 je aku menjerit dan maki dia...
Tapi before tu member aku tu tegur aku la kan...
Tapi cara dia tegur tu agak kurang adab nye la sket...
Tapi selalunya boleh je aku terima dan gurau2 balik...
Tapi tbe2 pulak semalam aku terus maki...
Lagipun semalam aku ader sket prob..
So maybe cam tertarik sampai ke member aku...
Kesian member aku pulak yang jadi mangsa...
Sorry ye memberku...
Semalam kepala aku ting tong!!!

The Value of True Happiness (Quotation From Others)

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini..

Jam 2.00 pagi.

"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya."Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu," pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok
gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura,"bisik hati kecilnya.

Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.

Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum," sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat."Waalaikumsalam, sayang," Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?"

Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu.

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura," kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi.

Arrghh rindunya Nura pada abang.

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi," jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dahsyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00, aku balik pun bini aku dah tidur," balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing,kau ada masalah dengan Nura ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi
entahlah," terang Hilmi."Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?" usul Zikri."Ok," ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab-kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat.

Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa.

Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek.

Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?" tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura," janji Hilmi."Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?" tanya Nura lagi."Syyy...doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada
zuriat sendiri," Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.

Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional.

Arrghh rindunya Nura pada abang.

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,
sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.


"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.


"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?". " Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kahwin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup," ujar Hilmi.Nura masih
menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung.

Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati
mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya.

Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini...aarghh
rindunya Nura pada abang..

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.

Arghh tak apalah, demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan i kenapa? Adakah kerana simapti atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang-kala teman makan malamnya. "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,"adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni," jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata.

Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.

Arrggh rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari.

Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya."Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang," ujar Nura dengan lembut. "Eh..dah pandai menjawab,",perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura
nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?" tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" ujar Nura."Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada," bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara
tangis anak-anak bukan?" Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan."Sudahlah Nura, abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka.Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali.

Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura.Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?" tanya Zikri. "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau," tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak
aku boleh?" pinta Zikri .. "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri..

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna.

Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang
inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura," janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan.Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat," terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi. "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim
dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura," kesal Hilmi.Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?" kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan tu Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu," jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi," janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang kegugurankerana rahimnya tidak kuat."Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit
sajalah," balas Nura.

Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.

Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal dihospital , sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.

Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya.

Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru. "Doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain ," terang doktor. "Apa maksud doktor?" Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya," jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

"Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum.

Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang
menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum.

Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi."Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira," pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang...tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni?" Hilmi! ketakutan. "Mak....tolong mak...makkkkkkkkkkk,"
Hilmi menjerit mwmanggil emaknyadidapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi," perintah Mak Zaharah.

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia dijemputNya," terang doktor.Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.

Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu.. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

Ketika itu Hilmi membaca satu surat dan isinya berbunyi;

Kepada Abang yang Nura rindui,
Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri abang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa
yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam
kandungan sahaja Nura redha bang.

Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan
andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. An dai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu.

Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang.... Nura rindukan abang......Nura rindu sangat dengan abang.....rindu
bang...rindu sangat.....

Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu,
Nura Ain Bt. Abdullah


Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain ...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu....
Nura........abang juga rindukanmu sayang..bisik hati Hilmi

Lost in war...

Alamak!!!
Adoiyai camne la boleh kalah kan...
Aigooo~
Walhal aku dah hantar yang terbaik kot.. Hehehe...
Maybe takde rezeki kot...
Yela nama pun competition international..
Mesti la ader yang pro2 yang masuk competition tu kan...
Hehehe..
Aku masuk tu saje je nak cuba nasib aku...
Sambil tu boleh la tahu tahap aku baru sampai ne...
So sekarang ni baru aku tahu yang aku ni masih betul2 baru dalam bidang tu...
Hehehe...
So cuti ni ader la masa untuk improve..Align CenterHehehe...
Agak dalam sebulan sampai ne la ek level aku...
Heheheh..
So cuti ini adalah masa untuk dating dengan makwe kedua aku...
Hehehe...
Makwe yang pertama tu memang jarang dating la kan sebab jauh...
Hehehe...
So disini aku ingin mintak maaf kepada bakal isteri aku tu..
Hehehe...
Sorry ek cuti ni saya akan banyak dating dengan makwe kedua saya tau...
Hehehhe...
Pape pun saya syg awk sgt3... Aishiteru... :)
It's time to rock n roll!!!!
8

Thank You... (Quotation From Others)

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu....hmmm..;(

Boleh like, share, comments.:)

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

  1. Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
  2. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
  3. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
  4. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
  5. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.
  6. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
  7. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.
  8. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…

2

It's have been a long time..

Salam semua..
Rasanya dah lama kot aku tak post entry yang panjang2 ni..
so pada pagi yang indah ni aku nak la post entry yang panjang sket.. hehehe~
Last week adalah week yang paling busy sekali kot bagi aku...
Yela terlalu banyak sangat program nye...
Walaupun namanya study week kan...
Tapi satu patah haram pun aku tak study kot..
Kalo study pun just sejemput je..hehehhe...
Ya Allah betol2 malas nye diriku ni...
Cakap kat diri nak dapat result yang gempak tapi study cam haram...
ISH3..
Lagi satu la kan..
Last week baru je aku letak jawatan MT kelab fakulti..
Tapi tup tup selang 3 hari je aku dah jadi MT untuk kelab rekreasi UTM plak..
Pergghh!!!
Memang btol2 tak rehat aku ni...
Hahaha~
Tapi tak pe benda2 camni aku lebih berminat...
Hehehe...
So harap2 la kan program2 next sem nanti akan menjadi...
Insya Allah...
Tambah2 program yang aku kne kendalikan tu 2nd event terbesar kot...
Nak kne carik banyak duit...
ISH3 mau tak mau aderla kne carik dalam rm50K
Fuyooooo!!!! banyak gler siot....
Hahahaha...
takpe aku akan cuba usahakan..
Hehehhe...
Then baru2 ni aku dapat a shocking news kot...
Aku maybe tak akan dapat pergi ke Chamah-Ulu Sepat-Gerrah...
huhuhu~
Susah kot nak pergi gunung2 G7 ni...
tapi apakan daya aku kne pegi Bandung,Indonesia...
Tapi betul2 agak terkilan la kan...
Yela xpdc tu habis on 16hb Dec...
Maybe dalam pagi tu aku sampai kat KL CENTRAL...
tapi on da same date and time flight aku depart pagi tu...
Aigooooo!!!!
Kalo la flight aku tu petang ke..
Mesti aku dapat pergi...huhuhu...
Tapi nak camne kan ikut je la kan...
Yela bukan selalu dapat pegi "oversea" ni...
Oversea la sangat kan..hehehe...
Maybe bukan rezeki aku kot untuk pegi CUSG tu...
takpun ader hikmah o Allah hindar diriku dari benda2 tak elok...
Yela setiap benda tu jadi dengan izin Allah kan...
So kalo kita tak dapat sesuatu tu mesti akan ader something yang buruk akan berlaku...
So maybe aku akan pegi CUSG tu dengan group rekreasi UTM yang len kot...
Harap2 la aku dapat grad dari UTM ni dengan segulung ijazah yang gempak..
Dan jugak grad hiking sume gunung G7...
Insya Allah... Amin~

0

Hmmmm....

I have totally give up...

Fuhhh~

Dah cukup dah aku rasa...
Aku pun dah macam leh agak dah pe yang akan jadi...
So aku pun cam tak berharap sangat la kan...
Kadang-kadang rasa cam kne ting tong kan je kot...
Tapi takpe la kan sabar je la kan...
Kalo ada rezeki adalah kan...
Insya Allah..
Back to Top